Assalamualaikum dan selamat pagi,pada tarikh 8.6.2016 sya belajar pasal kesihatan persekitaran iaitu bidang sya yang sya tengah pelajari. Mula mula mesti tak tau apa definisi kesihatan persekitaran tu,so hari ini sya akan terangkan.
Definisi Persekitaran
> Apa yang ada di sekitar luar untuk setiap manusia. Boleh di bahagikan kepada fizika,biologi,sosial, budaya atau yang boleh mempegaruhi status kesihatan penduduk
Definisi Kesihatan
> Kesihatan adalah keadaan yang sempurna sihat dari segi fizikal,mental,rohani, dan sosial.
Terdapat beberapa elemen persekitaran dalam tajuk ini antaranya:
KIMIA
- pencemaran udara
- sisa toksik
- racun perosak
- pelepasan industri
FIZIKAL
- trafi
- radiasi
- bunyi
- cahaya
- getaran
PSIKOSOSIAL
- Tabiat
- Agama
- Pendidikan
- Gaya hidup
Biologi
- mikrob
- mikroorganisma
- tumbuhan beracun
- haiwan
sumber:Google
Selain itu, kualiti kesihatan kita bergantung pada persekitaran. Baik atau buruk keadaan persekitaraan itu,kedua duanya akan mempengaruhi kesihatan manusia
Kesimpulannya,kesihatan persekitaran ni adalah subjek yang menarik kerana kita dapat mengkaji ejen dan faktor faktor dalam persekitaran dan memahami impak pada populasi kesihatan. Seterusnya, kita juga dapat menyelesaikan masalah melalui pelaksanaan pendekatan yang sistematik mengenai masalah tertentu
No comments:
Post a Comment